Salam.....
HEBAT pendekar kerana AKAL......
MATI pendekar kerana AJAL....
Pendekar bertari penuh berseni....adat berseni penuh bermakna....
Seni tari silat yang di mainkan akan menjadi lebih memukau sekiranya yang di tarikan itu mempunyai asal dan usul yang dapat bercerita semasa bertari. Tari yang berisi dan kaya dengan segala macam nilai dan maksud tersirat, bukan sekadar gerakan penghias gelanggang. Hebat tarinya pasti lebih memukau jika datang bersama BUSANA yang lengkap dan sesuai. Busana yang mempamirkan taraf dan kedudukan.....busana yang menceritakan kehebatan si pemakai...busana yang mendatangkan gah dan kehebatan seseorang pendekar. Tetapi kini ianya semakin di lupakan dek kerana peredaran zaman yang terlalu laju tak terkejar oleh manusia. Yang mana Tengkolok yang mana Tanjak, di pakai mereng atau tegak di kepala, terkedepan atau luas meyapu dahi dan bermacam lagi pakaian pendekar yang pasti ramai di luar sana belum mengetahui pakaian seorang pendekar dari hujung rambut ke hujung kaki.
No comments:
Post a Comment